Sekali lagi jangnlah mengharapkan apa-apa jawapan yang tuntas dari persoalan di atas. Tanyalah kepada semua orang, tak kira lapisan umur ke, pekerjaan ke, kelas sosial ke, status sosial ke, semua ada kefahaman tersendiri tentang apa itu sejarah. Tak payah pergi jauh, dalam budaya popular pun berlambak contoh-contoh camna 'sejarah' digunakan dalam wacana masyarakat. Tengoklah lagu newboyz, 'Sejarah tak mungkin berulang lagi', (bukan peminat newboyz). Mungkin walaupun orang tak tengok eh silap, tak dengar lagu dia, orang akan terus boleh tangkap, mungkin lagu ni cerita pasal 'frust' cinta kot sebab mustahil Tomok bercakap pasal Sejarah perang dunia kedua takkan berulang lagi dalam lagu tu. Bukan sebab Tomok tak boleh cakap langsung atau tiada pengetahuan nak cakap, tapi, tafsiran orang biasanya dibuat berdasarkan konteks lagu-lagu boy band masa tu la...."balik-balik jiwang."
Cukuplah setakat ni cerita pasal Tomok ngan band dia tu. Point kat sini sebenarnya bukan apa, sekadar nak tunjuk bahawa 'sejarah' bukanlah istilah teknikal dalam wacana harian. Cakap saja dekat sapa-sapa, "saya ada sejarah hitam", semua orang akan terus faham apa yang kau maksudkan, iatu, pengalaman lalu. Jadi dalam bahasa harian, sejarah kalau merujuk kepada seorang individu ia bermaksud pengalaman masa lalu individu tersebut. Siapa yang tiada pengalaman masa lalu, maka tiadalah baginya sejarah. Dan hanya orang begini yang layak bertanya "Sejarah......benda apa tu???" (Tolong jawab kat dia).
Kalau tak merujuk kepada individu, 'sejarah' dalam bahasa harian boleh merujuk kepada entiti yang lebih besar. Dulu ada rancangan RTM Hari ini Dalam Sejarah. Penggunaan sejarah kat sini tak merujuk kepada siapa-siapa, samada Tunku Abdur Rahman atau Lim Guan Eng. Tetapi kepada sebuah negara. Jadi sebenarnya hari ini dalam sejarah Malaysia la.
Samada keatas individu atau negara, budaya popular atau budaya serius dan kaku, sejarah dalam penggunaan harian boleh lah dimaksudkan sebagai masa lalu. Semuanya terangkum dalam masa lalu.
Post setersunya kita nak tengok penggunaan istilah 'sejarah' dalam wacana akademik. Rasa-rasa ada jurang tak...hehe.....rasa-rasa apa kesan penggunaan 'sejarah' dalam bahasa harian keatas 'sejarah' dalam bahasa akademik. Setakat mana ianya membentuk tanggapan masyrakat terhadap sejarah sebagai sebuah disiplin akademik........sama-sama kita nantikan di post seterusnya....bila tu???? Bila free aku tulis laaaa......hahaha

a good blog to expose the masses on what is history in the popular culture(correct me if i'm wrong). little comment on the title of the song. sejarah mungkin berulang,bukan 'Sejarah tak mungkin berulang lagi',.and boleh repair ejaan lagi. good luck=)
ReplyDelete