Monday, October 18, 2010

Sejarah lagiiiii.......:Sila baca dengan tenang sambil makan rendang

AMARAN!!!!! Sila rujuk post sebelum ini sebelum nak baca yang ni. Sejarah dalam post lepas telah ditunjukkan sebagai satu benda yang tidak asing kepada kita. Walau siapa pun kita, tetap kita ada sejarah. Walau sekecil dan setidak hebat mana pun negara kita tetap, ia juga ada sejarah. Persoalan yang ditembak di akhir post lepas, adalah, adakah Sejarah sebagai masa lalu (kejadian+pengalaman), seperti di mengertikan masyarakat umum, berbeza dengan konsep Sejarah yang ditekankan dalam wacana akademik? Sefaham saya, dalam wacana akademik, Sejarah boleh diertikan sebagai, pertama, masa lalu, dan yang keduanya pengajian berkenaan masa lalu

Jadi, yang pertama tu berkongsi makna Sejarah yang biasanya kita fahami, tetapi yang kedua tu, mungkin tidak sepopular yang pertama. Untuk menjelaskan lagi apa yang dimaksudkan, cuba lihat ayat-ayat dibawah. 

 Bila aku tengok Sejarah negara kita aku rasa sayu la.

 Benda tu semua dah jadi Sejarah la. Tak guna kita belajar. 

Dua ayat diatas mungkin kita biasa dengar dalam perbualan harian. Dalam ayat-ayat ini Sejarah digunakan untuk merujuk kepada masa lalu. Tak percaya??? Kalau tak percaya  cuba gantikan perkataan Sejarah dalam ayat di atas dengan frasa, masa lalu. Kita akan lihat, maksud ayat tak berubah dari yang asal.   

Bagaimana pula dengan dua ayat dibawah ni:

 Saya pelajar Sejarah di Universiti Malaya.

 Kursus Sejarah ditawarkan di sebuah kolej swasta.

Kita dapat lihat dua ayat diatas menggunakan perkataan Sejarah, tetapi adakah maskudnya sama dengan yang sebelumnya. Jelas sekali tidak. Kalau kita bereksperimen dengan menggantikannya dengan frasa masa lalu, seperti yang boleh dilakukan ayat-ayat sebelumnya, kita akan melihat maksud ayat-ayat di atas akan hilang. Seperti saya pelajar Sejarah, menjadi saya pelajar masa lalu.  Jelas sekali ini terkeluar dari maksud asal si penutur (melainkan si penutur muncul dari sebuah mesin masa dengan berpakaian seragam sekolah lama). 

Saya pelajar Sejarah dalam konteks ayat di atas bermaksud saya pelajar pengajian berkenaan masa lalu. Jadi kita dapat lihat waulaupun maksud Sejarah yang kedua ini biasa digunakan tetapi penggunaannya amat berkait rapat dengan dunia akademik. Jadi Sejarah, sebagai sebuah pengajian berkenaan masa lalu, dan seperti juga pengajian-pengajian lain, ia adalah bersifat akademik. 

Tetapi kita masih belum menjawab macam mana penggunaan Sejarah, yang lebih umum, dalam percakapan harian, iatu sebagai masa lalu, boleh memberi kesan kepada Sejarah di dalam wacana akademik, yang mana  penggunaannya meliputi kedua-dua maksud pada satu masa yang sama iatu, masa lalu, dan pengajian berkenaan masa lalu

Di dalam wacana akademik, apabila Sejarah dikatakan masa lalu maka ia dianggap sebagai sesuatu yang untuk dikaji, atau the object to be studied. Dan apabila ia dikatakan sebagai sebuah pengajian maka ia adalah subjek yang mengkaji, atau the subject that studies. Penggunaan sesuatu perkataan untuk merujuk kepada subjek dan objek pada waktu yang sama adalah satu contoh yang unik. 

Mungkin ada yang masih tak jelas, apa yang uniknya. Baik, cuba kita ambil Sains sebagai contoh. Kita tahu bahawa Sains adalah sejenis pengajian seperti juga Sejarah. Jadi jika ianya sebuah pengajian, ia mesti ada benda yang dikaji. Apa yang dikaji Sains? Jika Sejarah (pengajian/subjek) mengkaji Sejarah (masa lalu/objek), maka adakah Sains mengkaji Sains? Hahahaha......sudah tentu tidak, sebab objek yang dikaji Sains adalah alam semulajadi atau nature dan bukan Sains. 

Begitu juga subjek-subjek sosial sains seperti Sosiologi. Sosiologi sebagai subjek mengkaji masyarakat. Salah jika kita mengatakan Sosiologi mengkaji Sosiologi. 

Jadi berbeza dengan Sains dan Sosiologi, Sejarah pada satu masa yang sama merujuk kepada subjek/pengajian dan objek/yang dikaji(masa lalu). Bagi Sains, adalah memang difahami bahawa asas falsafah sains moden memang menekankan jurang diantara subjek dan objek. Dalam erti kata lain, nature is independent from the observer/subject

Sejarah mungkin berbeza dengan Sains jika dilihat dari sudut hubungan subjek dan objek.

Tetapi Sejarah bukanlah satu-satunya bidang pengajian atau ilmu yang mana sempadan subjek dan objeknya agak cair....Bidang-bidang tersebut adalah, falsafah, sastera dan seni.....bidang-bidang inilah yang saya anggap sebagai Ilmu-ilmu kemanusiaan atau Humanities

Dah panjang dan letih nih....Tunggu post seterusnya, untuk sambungan.....Ingat persoalan masih belum dijawab!!!!!.

Nota: 

1) Maaf jika tatabahasa tak betul. Kalau Salah tolong tunjukkan

2) Kalo ayat macam ini, Hari ni kita mencatat Sejarah. Penggunaan Sejarah tu masuk kategori mana....hahaha
  

No comments:

Post a Comment